PENYUNTINGAN TESIS & DISERTASI
Tesis yang panjang memerlukan konsistensi dari bab pertama hingga bab terakhir
Tesis dan disertasi berkembang sepanjang berbulan-bulan atau bertahun-tahun, sering dengan beberapa pusingan komen penyelia. Kami membantu menyelaraskan Bahasa Inggeris, istilah, singkatan dan persembahan merentas bab yang dipersetujui.
KEPERLUAN BIASA
Masalah yang sering muncul dalam dokumen panjang
- Istilah berubah antara bab
- Singkatan diperkenalkan atau digunakan secara tidak konsisten
- Bab awal dan akhir menggunakan nada atau konvensyen yang berbeza
- Pindaan penyelia meninggalkan ayat yang tidak lengkap atau janggal
- Jadual, kapsyen, heading dan cross-reference perlu diseragamkan
SEMPADAN EDITORIAL
Keputusan akademik kekal dengan penyelidik
- Dapatan, hujah dan analisis asal disediakan oleh penyelidik
- Penyuntingan tidak digunakan untuk menyembunyikan plagiarisme atau salah nyata authorship
- Maksud yang tidak jelas ditandakan sebagai pertanyaan kepada penulis
- Garis panduan gaya universiti atau fakulti boleh diikuti jika diberikan
- Pelajar kekal bertanggungjawab terhadap pematuhan akademik dan etika
CARA BEKERJA
Boleh disunting sebagai satu dokumen atau mengikut bab
Pendekatan bergantung pada panjang tesis, deadline dan tahap revisi. Bagi tesis yang sangat panjang, kerja berperingkat selalunya lebih praktikal.
Track Changes
Perubahan kekal kelihatan supaya pelajar dan penyelia boleh menyemak serta mengenal pasti pola bahasa yang kerap berulang.
Semakan konsistensi
Istilah, singkatan, capitalisation, heading dan ciri berulang diperiksa merentas bahan yang dipersetujui.
Komen untuk penulis
Kami menandakan kekaburan, konteks yang hilang atau frasa yang memerlukan keputusan daripada penyelidik.
Beritahu kami panjang tesis dan tahap semasa
Hantar satu bab yang mewakili teks; kami boleh cadangkan sama ada lebih sesuai menyunting keseluruhan tesis, secara berperingkat, atau hanya membuat proofreading akhir.
